KOTA TINGGI – Seorang lelaki maut selepas dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di hadapan sebuah kilang yang masih dalam pembinaan di Jalan Industri A5, Bandar Penawar, di sini pada Selasa.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penawar,Pegawai Bomba Tinggi II (PBT II) Izwani Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1 tengah hari."Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan sebuah kilang. "Dalam kejadian tersebut, dua orang mangsa yang merupakan pekerja kerja-kerja pempaipan terlibat apabila tertimbus akibat runtuhan tanah."Seorang mangsa lelaki dewasa berusia 32 tahun berjaya menyelamatkan diri, manakala seorang lagi mangsa lelaki dewasa berusia 52 tahun tertimbus sepenuhnya di dalam tanah dianggarkan sedalam kira-kira tiga meter," katanya dalam kenyataan.Menurut beliau, pasukan bomba segera menjalankan operasi menyelamat dengan menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa yang tertimbus menggunakan peralatan menggali, peralatan tali serta bantuan jentera excavator di lokasi kejadian."Mangsa berjaya dikeluarkan pada jam petang, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)."Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut," katanya lagi.Jelasnya, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.25 petang setelah pihak bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selama