KUALA LUMPUR - Yayasan PETRONAS terus mengukuhkan peranannya sebagai rakan strategik kerajaan dalam memajukan pendidikan negara melalui pelaksanaan Program Sekolah Angkat MADANI (SAMADANI). Inisiatif nasional itu memberi tumpuan kepada sekolah dengan menyediakan sokongan holistik meliputi bantuan kemudahan sekolah, program akademik dan bimbingan pelajar, latihan dan pembangunan guru, bantuan kewangan serta program pembangunan sahsiah dan kemahiran.Sehingga kini, sebanyak 50 sekolah angkat Yayasan PETRONAS di seluruh negara menerima manfaat langsung daripada program berkenaan.Sokongan Yayasan PETRONAS terhadap SAMADANI pula berpaksikan Program Duta Guru (PDG), satu program pembangunan kapasiti guru selama dua tahun yang memberi tumpuan kepada kepimpinan pendidikan, inovasi pedagogi dan pemahaman Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) secara menyeluruh. Pendekatan itu sekali gus memposisikan guru sebagai agen perubahan yang mampu membentuk budaya pembelajaran masa depan.Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan PETRONAS, Shariah Nelly Francis berkata, sokongan terhadap SAMADANI adalah sebahagian daripada usaha berterusan Yayasan PETRONAS untuk melahirkan pelajar yang bersedia menghadapi masa depan sambil membina ekosistem sekolah yang lebih berdaya tahan. "Fokus kami bukan sekadar menyumbang peralatan dan sumber pembelajaran, tetapi meningkatkan kualiti guru dan mencetuskan minat pelajar kepada STEM melalui pendedahan sebenar," katanya.Penambahbaikan peralatan pembelajaran, pembangunan guru dan pengukuhan pelajarDi bawah sokongan Yayasan PETRONAS bagi SAMADANI, tiga komponen utama digerakkan serentak bagi memastikan impak menyeluruh dapat dinikmati oleh semua sekolah.Pertama, sumbangan peralatan pembelajaran melalui Projek Penambahbaikan Makmal Sains.Melalui projek ini, makmal sains menengah disediakan dengan peralatan moden seperti mikroskop digital, kebuk wasap dan peralatan teknikal lain. Latihan kepada pembantu makmal turut disediakan bagi memastikan setiap peralatan dapat diselenggara dan digunakan secara optimum. Selain itu, Yayasan PETRONAS turut menubuhkan Pusat Inovasi Murid di dalam sekolah sebagai ruang eksplorasi dan pembelajaran berpusatkan murid, yang juga berperanan sebagai pusat aktiviti STEM dengan Bimbingan Duta Guru.Kedua, komponen akademik dan bimbingan guru. Dana Duta Guru bernilai RM20,000 disediakan untuk Duta Guru yang telah bergraduasi. Duta Guru perlu memohon dana ini dan melaksanakan projek inovasi menggunakan peruntukan yang diberikan untuk memberi manfaat kepada murid dan komuniti, selaras dengan objektif program memperkasa kreativiti dan inovasi dalam pendidikan.Selain itu, Hari Kerjaya STEM di sekolah angkat terpilih di bawah inisiatif Sekolah Angkat MADANI menjadi platform inspirasi bagi murid mendapat pendedahan awal kerjaya dalam bidang STEM. Melalui pameran interaktif, bengkel praktikal dan perkongsian pengalaman oleh sukarelawan PETRONAS, murid diperkenalkan kepada dunia sebenar STEM, sekali gus menyalakan semangat mereka untuk mencipta masa depan yang lebih baik.Ketiga, pembangunan sahsiah dan kemahiran pelajar melalui program pendidikan alam sekitar. Antara yang diberi penekanan adalah pendekatan penanaman regeneratif, iaitu kaedah yang menanam nilai penjagaan alam sekitar sejak peringkat sekolah. Guru SAMADANI turut diberi peluang menghadiri Simposium Kebangsaan Program Duta Guru dan menyertai bengkel khas di Taman Botani Putrajaya untuk memperkukuh pengetahuan mengenai kelestarian.Dua guru jadi inspirasi Antara kisah paling menonjol dalam program ini ialah kisah dua guru yang berjaya mencipta perubahan besar dalam komuniti masing-masing dan penyertaan mereka dalam PDG telah banyak memberikan impak positif kepada pelajar.Kisah Cikgu Azwan dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sindumin dan Cikgu Nur Ain dari Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (SMKC) Batu Pahat bukan sahaja mencerminkan keberkesanan PDG sebagai platform pembangunan profesional guru, malah menyerlahkan bagaimana pendekatan STEM yang tepat mampu mengangkat potensi pelajar luar bandar ke peringkat kebangsaan.Cikgu Azwan: Inovator Sistem Amaran Banjir Masa NyataDi SMK Sindumin, nama Cikgu Azwan cukup sinonim dengan inovasi. Sebagai Pakar Reka Bentuk Teknologi, Jurulatih Google Bertauliah dan Guru Utama Digital Generation, beliau menjadikan teknologi sebagai alat untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar bukan sekadar alat pengajaran.Antara pencapaian utama beliau ialah pembangunan Water Warn Alert, sebuah sistem pengesanan banjir masa nyata berasaskan sensor mesra alam dan papan pemuka digital, yang direka untuk memberi amaran awal kepada penduduk Kampung Sindumin yang kerap terdedah kepada banjir kilat.Projek tersebut dilaksanakan bersama para pelajarnya, sekali gus mencerminkan keupayaan Cikgu Azwan bukan sahaja sebagai inovator, malah sebagai pendidik yang membimbing pelajar membangunkan kemahiran penyelesaian masalah berasaskan situasi kehidupan sebenar.Projek yang pada awalnya dibiayai sendiri kini berkembang hasil sokongan Dana Duta Guru di bawah Program Duta Guru.Projek itu turut menarik kerjasama UNICEF serta Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah, diiktiraf Anugerah Platinum dalam Anugerah Inovasi Negeri Sabah, malah pelajar sekolah luar bandar itu berjaya melangkah ke pertandingan teknologi peringkat kebangsaan termasuk MY Robotic Challenge.Kecemerlangan Cikgu Nur AinGuru Cemerlang Reka Bentuk Teknologi (RBT), SMKC Batu Pahat, Nur Ain Abd Jabar berkata, penyertaannya dalam PDG dan khidmatnya sebagai Duta Guru bagi pembelajaran STEM di sekolah ini telah banyak memberikan impak positif kepada pelajar dibawah bimbingannya."Selepas menyertai PDG, saya dapat pengalaman baharu yang amat berharga dan hasilnya amat memberangsangkan, khususnya bagi pelajar yang terlibat dalam pembelajaran STEM ini," katanya.Kecemerlangan Nur Ain diiktiraf apabila pelajar di bawah kelolaannya kini mampu berperanan sebagai mentor, dengan lapan orang daripada mereka sudah boleh membimbing rakan sebaya termasuk pelajar dari sekolah berdekatan.STEM mengubah masa depan pelajar luar bandarKedua-dua kisah ini menonjolkan bagaimana guru berperanan besar dalam memperkasa ekosistem pendidikan luar bandar.Melalui PDG, kedua-dua guru diberi latihan, bimbingan serta sokongan projek yang membolehkan mereka menerjemahkan idea kreatif kepada penyelesaian sebenar yang memberi manfaat kepada masyarakat. Inovasi seperti Water Warn Alert membuktikan bahawa STEM bukan hanya alat pembelajaran, tetapi alat keselamatan yang menyelamatkan nyawa. Kisah Cikgu Azwan dan Cikgu Nur Ain adalah bukti bahawa pendidikan berkualiti tidak memerlukan sekolah bertaraf bandar, tetapi memerlukan guru yang percaya kepada potensi murid. Mereka ialah wajah sebenar transformasi pendidikan yang didorong oleh PDG, sekali gus selari dengan aspirasi mewujudkan masyarakat MADANI yang progresif dan inovatif.Komitmen berterusan menuju 2026Yayasan PETRONAS menyatakan komitmen untuk terus memperluas sokongan terhadap SAMADANI pada 2026 termasuk melaksanakan Hari Kerjaya STEM di 22 sekolah lain, memperkukuh pendidikan alam sekitar dan meningkatkan akses kepada pendidikan STEM bagi pelajar luar bandar.Melalui pendekatan menyeluruh ini, Yayasan PETRONAS yakin usaha bersama kerajaan dan komuniti pendidikan mampu melahirkan generasi pelajar yang lebih bersedia menghadapi cabaran masa depan, celik teknologi dan mempunyai pemikiran inovatif yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI.