Polis Selangor rekod 258,345 penyelesaian saman bernilai RM19.5 juta

SHAH ALAM - Polis Selangor merekodkan penyelesaian 258,345 saman bernilai RM19,511,350 sepanjang tempoh program diskaun saman 70 peratus dalam tempoh dua bulan sejak 1 November lalu.Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, statistik sehingga 30 Disember itu merekodkan pecahan kutipan melibatkan 125,759 saman Pol 257 (RM11,491,650) dan 132,586 saman POL 170A (RM8,019,700).Menurutnya, prestasi kutipan tertinggi mengikut daerah diterajui Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dengan jumlah RM2.7 juta, diikuti IPD Petaling Jaya (RM2.1 JUTA) serta IPD Kajang (RM1.7 JUTA)."Polis Selangor melihat trend positif di mana penggunaan teknologi digital semakin diterima rakyat."Walaupun pembayaran secara tunai masih tinggi dengan kutipan RM10,059,470, kaedah e-payment menunjukkan angka yang sangat signifikan iaitu RM9,451,880," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Tambahnya, perimbangan ini membuktikan bahawa masyarakat lebih cenderung kepada urusan yang pantas dan efisien selaras dengan transformasi digital negara.Kata Shazeli, pihaknya menzahirkan apresiasi atas komitmen luar biasa warga Selangor susulan berakhirnya program pengurangan kompaun saman 70 peratus yang dilaksanakan secara menyeluruh di semua kaunter trafik cops kontinjen Selangor bermula 1 November sehingga 30 Disember."Polis Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang ramai atas komitmen yang diberikan dalam menjelaskan tunggakan saman."Inisiatif ini bukan sahaja membantu meringankan beban rakyat, malah bertindak sebagai pemangkin kepada tahap kesedaran dan pematuhan undang-undang jalan raya yang lebih tinggi demi kesejahteraan semua," ujarnya.