SHAH ALAM - Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional (iCEPS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia latihan profesional yang diyakini di Malaysia. Melalui penawaran program dan kursus berorientasikan industri, iCEPS memastikan peserta menerima latihan berkualiti, tersusun dan memenuhi keperluan semasa pelbagai sektor pekerjaan. "Berstatus Training Provider berdaftar HRD Corp bagi UiTM, iCEPS menyediakan platform latihan yang mematuhi piawaian universiti serta keperluan latihan nasional."Sebagai peneraju agenda Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) di UiTM, iCEPS menawarkan program fleksibel yang boleh disesuaikan mengikut keperluan industri. "Setiap program dibangunkan secara komprehensif dengan penekanan kepada kemahiran praktikal, pengetahuan semasa dan pendedahan kepada amalan terbaik industri. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi individu, malah turut menyumbang kepada peningkatan produktiviti organisasi melalui latihan yang berfokus hasil," kata iCEPS UiTM menerusi satu kenyataan. Sejak 2021, iCEPS menawarkan pelbagai program profesional berimpak tinggi untuk menyokong pembangunan kerjaya dan peningkatan nilai kemahiran. Antara program utama ialah Professional Certificate in Advanced Cyber Security, Professional Certificate in Applied Machine Learning, Professional Certificate in Applied Artificial Intelligence, Professional Certi cate in OSH Leadership, OSH Risk Management, OSH Operational Measure in Workplace Culture serta Professional Certificate in Electrical & Electronics Technology. iCEPS turut menyediakan laluan diploma profesional seperti Diploma Profesional in Business Management dan Diploma Profesional in Plant Operation & Management sesuai untuk pembangunan pengurusan, teknikal dan modal insan.Selaras dengan perubahan pesat dunia pekerjaan, iCEPS menawarkan lebih 50 kursus jangka pendek setiap tahun merangkumi teknologi, pendigitalan, keselamatan, pengurusan, kewangan, hospitaliti, kreativiti dan komunikasi. Kursus seperti Intermediate Safety Management Techniques, Advanced Safety Management Techniques, Biological Hazard Assessment dan Electrical Safety and Standards Compliance menjadi pilihan industri teknikal dan perkilangan.Kursus seperti Effective Communication in the Hospitality Industry, Data Analytics with WEKA, Protocol and Ideation for Being Creative MCs serta Mastering PowerPoint: From Basic to Advanced Features pula mendapat permintaan tinggi sektor perkhidmatan dan pentadbiran.Reputasi iCEPS diperkukuh melalui kerjasama strategik bersama organisasi terkemuka termasuk Maxis, Lembaga Zakat Selangor, Yayasan Inovasi Malaysia, Akademi Latihan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Sendayan, Malaysia Airports Holdings Berhad, Permodalan Nasional Berhad dan FGV Palm Industries.Kerjasama itu membolehkan latihan dirangka khusus mengikut keperluan operasi organisasi bagi memastikan impak langsung kepada peningkatan prestasi peserta.Sebagai pusat rujukan latihan profesional UiTM, iCEPS komited memperluas penawaran program modular yang kompetitif, fleksibel dan relevan dengan landskap pekerjaan semasa. Gabungan kepakaran pensyarah UiTM dan pakar industri mengukuhkan peranan iCEPS dalam pembangunan modal insan berkemahiran tinggi demi menyokong pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan negara. Usaha itu menyokong agenda nasional latihan, kebolehpasaran graduan dan daya saing negara.