GEORGE TOWN- Tiga lelaki warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret 3 di sini bagi pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine di sebuah apartment.Xie Zhouji, 38, Zhang Mea, 32 dan Chen Cheng, 36 dituduh secara bersama mengedar dadah tersebut seberat 26,025 gram di Jalan Gudwara, Kompleks Adorna Gold pada jam 10 malam, 20 Disember lalu.Oleh demikian, kesemua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh hukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan.Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin namun tiada pengakuan direkodkan.Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Danial Amir Saad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.Ahmad Danial tidak menawarkan sebarang jaminan dan memohon tarikh baharu untuk laporan kimia.Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi kemudiannya membenarkan kesemua tertuduh tidak diberikan jaminan dan mengarahkan mereka ditempatkan di penjara.Kes ditangguhkan sehingga 25 Februari untuk laporan kimia.Terdahulu Sinar Harian melaporkan, polis merampas dadah jenis syabu seberat kira-kira 1.2 tan bernilai hampir RM38 juta dalam serbuan berkenaan.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejayaan itu hasil risikan berterusan JSJN Bukit Aman dengan kerjasama Polis Pulau Pinang menerusi beberapa siri serbuan di negeri ini pada Sabtu dan Ahad minggu lalu.Ujarnya, sindiket dadah antarabangsa itu dipercayai diketuai individu dari luar negara yang menjadikan Malaysia sebagai hab memproses dadah sebelum diedarkan ke pasaran luar negara dan tempatan.Berdasarkan maklumat risikan, polis menahan tiga lelaki warga asing yang dipercayai bertindak sebagai ahli kimia bagi memproses dadah berkenaan.Sementara seorang lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai koordinator sindiket di sini cuba melarikan diri ketika serbuan namun terjatuh dari tingkat lima dan meninggal dunia di tempat kejadian.