KUALA LUMPUR, 31 Dis – Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berbesar hati menyampaikan Bantuan Usahawan Lenggong, bagi meringankan beban peniaga menjalankan perniagaan, khususnya dalam mendepani cabaran kos sara hidup semasa. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan berkata, bantuan tersebut disalurkan menerusi Program Pembangunan Sosioekonomi Komuniti (PROSPEK) Lenggong anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). [...]