MELAKA - Seorang peniaga kedai makan tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang pekerja spa, 27 Disember lalu.Tertuduh, Mohamad Azrullah Mohd Rodzi, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencabul mangsa berusia 21 dengan cara menyentuh dan memicit punggung mangsa ketika wanita itu sedang menyapu sampah di hadapan premis.Perbuatan itu dilakukan sekitar jam 11.40 pagi pada Sabtu lalu di Taman Satu Lagenda di sini.Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.Jika sabut salah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Azfar Mahmud menawarkan jaminan sebanyak RM6,000.Bagaimanapun, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon supaya jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan menanggung keluarga dan merupakan satu-satunya individu yang bekerja.Tertuduh yang masih bujang itu turut memaklumkan kepada mahkamah bahawa tiada penjamin hadir kerana ahli keluarganya tidak mengetahui mengenai kes yang dihadapinya.Mahkamah kemudian membenarkan jaminan dikurangkan kepada RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.