KANGAR – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, Rus’sele Eizan menarik balik pemakluman berhubung keperluan mengadakan pilihan raya semula bagi tiga kerusi DUN yang dikosongkan secara luar jangka.Pada sidang akhbar di Kompleks Seri Putra di sini pada Rabu, beliau menjelaskan bahawa keputusan itu dibuat selepas mengambil kira perkembangan mutakhir termasuk jaminan Pas untuk terus komited bersama Kerajaan Negeri Perlis di bawah Perikatan Nasional.Tiga kerusi yang terlibat ialah DUN Chuping (N.3), DUN Bintong (N.6), dan DUN Guar Sanji (N.13), yang sebelum ini diumumkan kosong berikutan ketidaklayakan wakil rakyat PAS di bawah Perkara 50A(1)(a)(ii) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis.AKAN MENYUSUL