Fattah Amin hadiahkan kereta baharu buat ibu bapa

PELAKON popular, Fattah Amin mencuri tumpuan ramai apabila tampil membuat kejutan istimewa buat kedua-dua ibu bapanya baru-baru ini.Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Fattah dilihat menghadiahkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Noah berwarna merah sebagai tanda penghargaan kepada insan tersayang.Rakaman video berkenaan memaparkan momen penuh emosi apabila Fattah bersama ibu dan bapanya bergambar sambil jelas teruja di hadapan kenderaan baharu tersebut.Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap tindakan pelakon itu yang disifatkan sebagai seorang anak yang baik, merendah diri dan sentiasa mengutamakan kebahagiaan ibu bapanya.Antara komen yang ditinggalkan termasuk pujian terhadap sikap Fattah yang memilih kenderaan sederhana meskipun berkemampuan, selain mendoakan agar rezekinya terus diluaskan kerana mendahulukan kedua orang tua.