Arteta didesak ‘peram’ Gyokeres, letak Jesus dalam kesebelasan utama

PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta kini berdepan tekanan hebat untuk menyisihkan penyerang mahal, Viktor Gyokeres ke bangku simpanan susulan kemenangan bergaya 4-1 ke atas Aston Villa.Walaupun The Gunners meraih tiga mata penuh di Stadium Emirates menerusi jaringan Gabriel Magalhaes, Martin Zubimendi dan Leandro Trossard, tumpuan sebenar terarah kepada persembahan kontras antara dua penyerang mereka.Kesabaran penyokong Arsenal dilihat sudah sampai ke kemuncak selepas Gyokeres, yang dibeli dengan harga £64 juta (RM349 juta) tampil hambar dan gagal melakukan sebarang percubaan tepat sepanjang 77 minit beraksi.Sebaliknya, kemasukan Gabriel Jesus yang sebelum ini direhatkan akibat kecederaan menggantikan pemain Sweden itu membawa impak serta-merta apabila bekas bintang Manchester City itu meledak gol keempat hanya 55 saat selepas berada di atas padang.Situasi itu mencetuskan desakan keras daripada penyokong yang mahu Arteta berhenti ‘melindungi’ Gyokeres dan segera mengembalikan Jesus dalam kesebelasan utama."Gabriel Jesus mesti memulakan perlawanan untuk Arsenal selepas ini. Masuk sebagai pengganti, terus jaringkan gol," luah peminat di laman X.Seorang lagi penyokong menambah: "Viktor Gyokeres tidak sepatutnya bermula jika Jesus cergas sepenuhnya."Manakala pendapat ketiga menyatakan: "Jesus perlu bermain setiap perlawanan, dia membawa tenaga yang jauh lebih baik dan sesuai dengan taktik berbanding Gyokeres," kata peminat di laman X.Dengan Jesus kini disahkan pulih sepenuhnya daripada kecederaan ACL dan membuktikan ketajamannya, Arteta tiada alasan lagi untuk terus mempertaruhkan jentera serangan kepada Gyokeres yang semakin tumpul.