KELANTAN - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mencatatkan kutipan kompaun lebih RM9 juta bagi tempoh Januari hingga November tahun lepas.Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 5.55 peratus berbanding lebih RM8.5 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya."Sebanyak lebih RM9 juta kutipan kompaun direkodkan, meningkat 5.55 peratus atau RM520,785 berbanding tahun 2024."Peningkatan ini antaranya hasil pelaksanaan pengurangan kadar kompaun sebanyak 50 peratus dan Program Budi Madani RON95 yang diperkenalkan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.Beliau menjelaskan, sepanjang tempoh itu juga, JPJ Kelantan memeriksa 200,076 kenderaan, mengambil tindakan terhadap 58,541 kenderaan, mengeluarkan lebih 116,000 notis dan menyita hampir 500 kenderaan."Sebanyak 32,455 kes dibawa ke mahkamah, termasuk 32,423 kes di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dengan kutipan hasil RM2,437,120."Sebanyak 32 kes kes lagi di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 menjana kutipan RM56,500," ujarnya.Beliau menegaskan operasi penguatkuasaan akan diteruskan, khususnya terhadap kesalahan berisiko tinggi seperti memandu laju, menggunakan telefon semasa memandu dan memandu di bawah pengaruh alkohol."Penguatkuasaan dan pendidikan berjalan seiring bagi menjadikan jalan raya Kelantan lebih selamat dan lestari," katanya.