Struktur perolehan dan tender harus telus, elak konflik berkepentingan

SHAH ALAM - Struktur berkaitan perolehan dan tender dalam Angkatan Tentera Malaysia wajar dilaksanakan secara lebih telus bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan.Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, ATM merupakan institusi penting dalam menjaga kedaulatan serta pertahanan negara."Bagaimanapun adalah malang sekiranya badan besar ini terlibat dengan isu tatakelola," katanya kepada Sinar Harian.Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Rasuah Busters, Zairudin Hashim menekankan bahawa jawatan kepimpinan adalah amanah besar yang harus dilakukan secara telus, berasaskan kelayakan, prestasi, integriti dan kewibawaan."Langkah ini selari dengan prinsip Al-Qiwamah dalam Islam yang menekankan tanggungjawab kepimpinan, selain penting bagi mengekalkan kepercayaan rakyat."Saya harap tahun baharu menjadi titik pembaharuan kepada kepimpinan berwibawa dan berjiwa khidmat agar ATM terus dihormati sebagai benteng kedaulatan serta simbol keselamatan yang diyakini rakyat," katanya.