Padah bazir peluang, City gagal rapatkan jurang dengan Arsenal

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola mengakui pasukannya terpaksa membayar harga yang mahal akibat penyudah tumpul ketika terikat seri 0-0 menentang Sunderland, sekali gus memberi tamparan hebat kepada harapan mereka memburu gelaran Liga Perdana Inggeris.Kegagalan City mencatat kemenangan menyaksikan Arsenal kini menguasai takhta liga dan skuad The Citizens ketinggalan empat mata di belakang The Gunners.Kemenangan di Stadium of Light sepatutnya mampu merapatkan jurang tersebut kepada dua mata di pertengahan musim.Guardiola menyifatkan aksi anak-anak buahnya sebagai tidak konsisten apabila beberapa peluang keemasan disia-siakan terutamanya oleh Savinho dan Josko Gvardiol pada separuh masa kedua, meskipun City mula mendapat rentak selepas diasak hebat oleh tuan rumah."Jumlah peluang yang kami lepaskan di dalam kotak enam ela, ia bukan peluang yang sukar, namun kami gagal menterjemahkannya kepada jaringan," kata Guardiola dengan nada kecewa.Menurutnya, walaupun separuh masa pertama tidak berjalan seperti dirancang, persembahan pasukannya bertambah baik pada babak kedua terutamanya selepas kemasukan Rodri."Kami mencipta peluang yang cukup. Separuh masa pertama kami tidak melakukan apa yang dibincangkan, tetapi kami bermain baik pada separuh masa kedua. Komitmen dan keinginan pemain nyata berbeza."Dua peluang daripada Savinho pada separuh masa kedua, selain percubaan Jeremy (Doku), Josko (Gvardiol), Phil (Foden) dan Erling (Haaland). Kami ada banyak peluang tetapi malangnya kami tidak dapat melakukannya," ujarnya.Keputusan seri itu turut menamatkan rentetan lapan kemenangan berturut-turut City dalam semua pertandingan.Sunderland terus membuktikan Stadium of Light sebagai kubu kuat apabila City menjadi pasukan terbaharu yang gagal menawan gelanggang tersebut dan Black Cats kekal tanpa kalah dalam 10 perlawanan liga sejak naik pangkat dari Liga Kejuaraan musim lalu.