PUTRAJAYA - Aspek percukaian, pengurangan birokrasi dan penambahbaikan akses kepada modal merupakan antara cadangan dasar yang akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Isnin ini untuk pertimbangan.Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, cadangan itu yang bertujuan membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim."Cadangan ini memerlukan kerjasama rentas kementerian dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Isnin depan."Terima kasih YAB PMX atas kepercayaan. Kita hebatkan perniagaan Malaysia!," katanya dalam hantaran di laman Facebook.Terdahulu, beliau berkata, pertemuan dengan Perdana Menteri itu diadakan untuk membincangkan hala tuju Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi bagi tahun ini. - Bernama