Silinder gas helium meletup, dua gerai, tiga kereta rosak

KUALA LUMPUR - Tiga kenderaan dan dua gerai rosak selepas sebuah silinder gas helium meletup di Medan Selera Sungai Ramal, Kajang tengah hari Jumaat.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima laporan mengenai letupan itu pada 1 tengah hari dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan."Siasatan setakat ini mendapati kejadian tidak melibatkan sebarang unsur jenayah."Punca kejadian dan nilai kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan.Naazron berkata, mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Ketua Balai Polis Kajang Insp Shisheewady Ruzani di talian 016-8565670. - Bernama