Yayasan MR D.I.Y salur hampir RM1.5 juta, manfaat 400,000 penerima

SERI KEMBANGAN - Yayasan MR D.I.Y menutup tirai tahun 2025 dengan pencapaian berimpak tinggi apabila hampir RM1.5 juta disalurkan bagi menjayakan 250 inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) di seluruh negara.Penyaluran dana itu memberi manfaat kepada kira-kira 400,000 penerima, sekali gus mengukuhkan kedudukan yayasan korporat kepada peruncit pembaikan rumah terbesar di Malaysia, MR D.I.Y sebagai antara organisasi CSR paling aktif dan berpaksikan komuniti di Malaysia.Berteraskan kepercayaan dan keakraban telah dibina MR D.I.Y melalui lebih 1,400 cawangan di seluruh negara, yayasan memanfaatkan hubungan rapat jenama itu dengan rakyat Malaysia untuk melaksanakan program-program bermakna yang mengutamakan insan serta memberikan hasil yang nyata.Inisiatif utama yayasan, STEM Discovery on Wheels, kini telah mencapai lebih 200,000 kanak-kanak di seluruh Malaysia, menjadikannya antara program jangkauan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) yang diterajui pihak swasta terbesar di negara ini.Program itu dilaksanakan melalui kerjasama dengan Kerajaan Negeri Perlis, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Muzium serta Pusat Sains Negara dengan membawa pembelajaran secara langsung ke sekolah dan komuniti yang kurang mendapat akses.Di peringkat antarabangsa, yayasan turut memperluas sumbangan kemanusiaan apabila sebanyak 9,600 kit STEM disampaikan kepada kanak-kanak di 48 daerah di Lubnan melalui kerjasama Kontinjen MALBATT 850-13 di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL).Selain pendidikan, peruntukan berkenaan turut dimanfaatkan bagi membantu komuniti tempatan, termasuk sumbangan barangan bantuan MyKasih kepada Home of Hope di Chow Kit, bantuan kepada mangsa banjir di Jeli dan Taiping serta sumbangan 100 buah kerusi baharu kepada Hospital Duchess of Kent, Sandakan.Yayasan turut menyalurkan bantuan kecemasan kepada 100 keluarga susulan banjir besar yang melanda Kota Kinabalu, Sabah, selain program CSR Krismas tahunannya yang merangkumi lawatan khas ke Sekolah Dalam Hospital di Hospital Rehabilitasi Cheras bagi membawa keceriaan dan semangat perayaan kepada lebih 50 pesakit pediatrikKetua Pegawai Eksekutifnya, Zaleha Mohd Mydin berkata, kekuatan yayasan dibina berasaskan kepercayaan dan hubungan erat yang telah dipupuk oleh MR D.I.Y bersama rakyat Malaysia selama ini."Hubungan ini membolehkan kami memahami keperluan komuniti dengan lebih mendalam, bertindak balas dengan pantas, serta melaksanakan inisiatif yang memberikan impak sebenar dan boleh diukur sama ada di dalam dan luar negara," ujarnya lagi.