GEMENCHEH - Ibu kepada wartawan Sinar Harian, Hamizah Basir meninggal dunia akibat kanser payudara, malam tadi.Ramlah Ab Manaf, 69, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.38 malam di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, Negeri Sembilan.Hamizah yang bertugas di meja berita komersial (online) memaklumkan arwah ibunya telah menghidap kanser payudara sejak tiga tahun lalu.Menurutnya, ibunya telah menjalani rawatan di Hospital Putrajaya, Institut Kanser Negara (IKN) dan Hospital Kuala Pilah sepanjang tempoh itu."Mak saya seorang pejuang kanser yang tak pernah kenal erti lelah. Banyak hospital dan rawatan mak jalani untuk selamatkan nyawanya."Namun sejak tahun lepas, kanser telah mula merebak ke tulang, paru-paru dan baru-baru ini ke otak. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk selamatkan mak namun takdir Allah mengatasi segalanya. Kami sekeluarga redha atas pemergiannya," katanya."Terima kasih kepada pasukan perubatan dan kakitangan Hospital Kuala Pilah, Hospital Putrajaya dan IKN yang banyak membantu sepanjang ibu saya menjalani rawatan di sana,"katanya.Hamizah berkata, jenazah ibunya telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Gemencheh Lama, Gemencheh, sebelum solat zuhur tadi.Keluarga Hamizah turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Suhaimizan Bizar di kediaman mereka.