Dr Akmal mahu UMNO, Pas bersatu

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan hasrat agar UMNO dan Pas dapat bersatu demi membentuk penyatuan orang Melayu.Beliau menyuarakan pandangan itu ketika menyampaikan ucapan pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.Ujarnya, penyatuan itu penting bagi memastikan kekuatan politik Melayu terus terpelihara dalam landskap politik negara yang semakin mencabar.MENYUSUL