Pemuda jatuh longkang sedalam 10 kaki

KLUANG - Seorang pemuda berdepan detik cemas setelah terjatuh ke dalam longkang sedalam 10 kaki berhampiran kawasan pejabat kerajaan di Jalan Hashim, di sini pada Sabtu sebelum diselamatkan anggota bomba.Menurut Komander Operasi, Penguasa Bomba Kanan 2, Mohd Ridzuan. Mohamad Zait dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kluang, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 9.55 pagi.Katanya, satu jentera Fire Rescue Tender, satu unit perkhidmatan penyelamatan, perawatan kecemasan (EMRS) dan lapan anggota bomba dihantar ke lokasi sejauh 2 kilometer (km) sebaik menerima panggilan tersebut."Setibanya anggota bomba ke lokasi kejadian pada jam 9.58 pagi, didapati seorang pemuda berusia 18 tahun telah terjatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian."Anggota bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan tangga."Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan dilaporkan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.Tambah Mohd Ridzuan, pada jam 10.05 keadaan di lokasi kejadian berjaya dikawal."Setelah memastikan kesemuanya dalam keadaan terkawal, operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 10.15 pagi," katanya.