Konvensyen Khas Pemuda UMNO: Dr Akmal Yakin Kepimpinan Tidak Abai Suara Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 3 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menzahirkan keyakinan bahawa kepimpinan parti tidak akan mengabaikan suara akar umbi. Ini kerana katanya, Konvensyen Khas Pergerakan Pemuda UMNO yang diadakan untuk membincangkan hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan telah berjaya mendapatkan suara sebenar akar umbi. “Alhamdulilah Konvensyen Khas Pemuda UMNO yang membincangkan mengenai hala [...]