Pas sedia bersama UMNO dalam MN - Shahidan

KUALA LUMPUR - Saranan Pemuda UMNO mahu memperkukuhkan kembali penyatuan dua parti demi kepentingan agama, bangsa dan orang Melayu menerima sambutan baik daripada Pas.Timbalan Pesuruhjaya Pas Perlis III, Datuk Seri Shahidan Kassim menerusi hantaran di Facebook menyatakan kesediaan bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional."Saudara Akmal Saleh (Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh), Pas bersedia bersama UMNO dalam Muafakat Nasional. Salam pada DS (Datuk Seri) Zahid Hamidi (Presiden UMNO)," ringkasnya pada Sabtu.Terdahulu, pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, Mohamad Akmal menggesa parti keramat itu menarik diri daripada kerajaan Perpaduan selain menzahirkan cadangan bersatu dengan Pas.Katanya, hasrat penyatuan itu adalah bagi memastikan kekuatan politik Melayu terus terpelihara dalam landskap politik negara yang semakin mencabar.Konvensyen bertemakan Hala Tuju UMNO dalam Kerajaan Perpaduan itu dihadiri kira-kira 2,000 ahli yang menyuarakan pandangan secara terbuka dan berani termasuk menilai semula kedudukan parti dalam kerajaan ketika ini.