Pemuda rentung motosikal terperosok bawah lori sebelum terbakar

SEGAMAT - Seorang pemuda rentung selepas motosikal ditunggang terlibat kemalangan dengan sebuah lori sebelum terbakar dalam kejadian di Jalan Tenang Jaya, pekan Tenang, Labis di sini pada Sabtu.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Labis, Pegawai Bomba Kanan I Hairishah Wahid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 7.15 petang.Jelasnya, seramai 12 anggota dibantu sebuah jentera Fire Rescue Tender FRT dan Compact Fire Rescue Tender (CFRT) dikejarkan ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 12 kilometer."Kebakaran melibatkan sebuah lori Hino tiga tan terbakar sebanyak 30 peratus dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 terbakar 90 peratus akibat kemalangan jalan raya yang berlaku sebelum itu."Akibat kemalangan tersebut penunggang berusia 27 tahun itu terperosok bawah lori dan rentung hampir 90 peratus," katanya dalam kenyataan.Menurutnya, pihak bomba bertindak memadamkan kebakaran sebelum mengeluarkan mangsa yang rentung dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.Beliau memberitahu, pemandu lori tiada di lokasi ketika pihak bomba tiba dan operasi selesai jam 7.24 malam.