Peguam disyaki seludup dadah ke penjara disambung reman

HULU TERENGGANU – Tempoh reman ke atas peguam lelaki yang dipercayai bersubahat dengan seorang banduan berhubung kes penyeludupan dadah ke Penjara Marang disambung empat hari lagi bermula Ahad hingga 7 Januari depan.Majistret Nur Athirah Hashim membenarkan suspek berusia 32 tahun itu dilanjutkan reman bagi membolehkan siasatan terperinci dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.Terdahulu suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Berang di sini jam 9.45 pagi dengan memakai kemeja-T berwarna biru dan berseluar jean, sebelum diiringi keluar oleh anggota polis.Sebelum ini, polis mendedahkan kegiatan tersebut terbongkar selepas pemeriksaan dijalankan terhadap banduan terbabit yang baru selesai menjalani perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 23 Disember lalu.Suspek yang juga peguam kepada banduan terbabit dipercayai bersubahat menyeludup pelbagai jenis dadah termasuk pil kuda, ganja dan erimin 5 bernilai kira-kira RM16,000 ke Penjara Marang.Suspek kemudian ditahan kira-kira jam 10.45 pagi di Jalan Hiliran, Pulau Kambing, Kuala Terengganu pada 29 Disember lalu.Dalam kes sama, polis turut mengesan seorang suri rumah, Nurul Norasikin Aladin, 30, yang berasal dari Kampung Batin, Seberang Takir di Kuala Nerus bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.Pada 30 Disember lalu, Mahkamah Majistret Marang telah membenarkan perintah reman selama enam hari ke atas suspek bagi membantu siasatan.