JOHOR BAHRU, 5 Jan – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh agenda ekonomi digital apabila Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi, mengadakan pertemuan strategik bersama ByteDance Technology Co., Ltd. sempena lawatan kerja rasmi delegasi Johor ke China. Onn Hafiz berkata, pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh komitmen jangka panjang ByteDance di Johor, selari dengan pelaburan pusat data berskala besar syarikat [...]