ADUN Kijal didenda RM2,000 kes hasutan

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan menyebut perkataan menghasut, mendakwa institusi kehakiman dikawal kerajaan ketika Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, tiga tahun lalu.Hakim, Norma Ismail menjatuhi hukuman itu selepas peguam yang mewakili Razali, 59, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.Mahkamah memerintahkan bekas Ketua Penerangan Bersatu itu dipenjara selama tiga bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Izzat Amir Idham mencadangkan tertuduh dikenakan hukuman penjara.Bagaimanapun, peguam, Awang Armadajaya Awang Mahmud yang mewakili ahli politik itu merayu anak guamnya tidak dikenakan hukuman penjara."Pemenjaraan akan menyebabkan dia hilang kerusi sekali gus menyebabkan PRK terpaksa dijalankan."Ini akan merugikan banyak pihak termasuk perbelanjaan kerajaan," katanya.Pada 24 November 2023, Exco kerajaan Terengganu itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan menyebut perkataan menghasut iaitu menyentuh keputusan institusi kehakiman serta memfitnah badan kerajaan.Kesalahan didakwa dilakukan di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu antara jam 9.30 hingga 11.30 malam, 10 November lalu.Pertuduhan dibuat mengikut perenggan 4(1) (b) Akta Hasutan 1948, yang boleh dihukum bawah subseksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.MENYUSUL