Menantu Hadi Awang didakwa sertai perhimpunan Kampung Sungai Baru

KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Pas Kawasan Sungai Buloh, Zaharuddin Muhammad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Isnin atas satu pertuduhan menyertai perhimpunan berhubung pengosongan Kampung Sungai Baru, September tahun lalu.Zaharuddin, 49, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Farah Nabihah Muhammad.Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama tujuh individu lain termasuk seorang remaja 16 tahun, menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang.Ia bagi menentang proses Notis Pengosongan di Jalan Datuk Abdul Malik, Kampung Sungai Baru dalam daerah Dang Wangi sedangkan dia mengetahui perhimpunan tersebut telah diarahkan untuk bersurai mengikut kaedah undang-undang.Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 11 September 2025, antara jam 10.50 hingga 11.14 pagi.MENYUSUL