Hormati keputusan jawatankuasa disiplin pecat Saifuddin - Bersatu Kelantan

KOTA BHARU - Semua pihak diminta menghormati keputusan Jawatankuasa Disiplin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang memecat Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Saifuddin Abdullah pada Selasa.Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor berkata, ia dibuat tanpa campur tangan mana-mana pihak dan selaras dengan peruntukan serta tatacara yang ditetapkan."Kita hormati keputusan tersebut. Kita tidak campur urusan atau bicara jawatankuasa disiplin."Sudah pasti ada sebab dan alasan yang kukuh mengapa jawatankuasa ini mengambil tindakan sedemikian," katanya ketika dihubungi pada Rabu.Menurut beliau, sesiapa sahaja boleh dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin tanpa mengira kedudukan atau jawatan dalam parti, selagi tertakluk kepada perlembagaan dan peraturan yang berkuat kuasa.Media tempatan sebelum ini melaporkan Bersatu memecat Saifuddin berkuat kuasa pada Selasa.Perkara itu disahkan Ketua Penerangan Armada Bersatu Malaysia Harris Idaham Rashid."Ya betul (pemecatan itu). (Ini kerana) Beliau sebelum ini pernah dalam platform terbuka mengkritik Presiden Bersatu (Tan Sri Muhyiddin Yassin)."Beliau telah diberi peluang bagi membela diri dan mesyuarat Lembaga Disiplin yang bermesyuarat semalam telah memutuskan pemecatan beliau," katanya.