Tak mungkin Liverpool mampu sekat Arsenal

LIVERPOOL bakal berdepan tugas berat apabila bertandang ke Stadium Emirates menentang pendahulu liga, Arsenal pada awal pagi Jumaat.Walaupun mempamerkan sedikit peningkatan prestasi sejak sebulan lalu, The Reds masih ketinggalan jauh 14 mata di belakang The Gunners menjelang pertembungan tumpuan di utara London itu.Permulaan separuh masa pertama musim yang mengecewakan memaksa Liverpool, yang pada awalnya diletakkan sebagai pasukan pilihan, merendahkan cita-cita mereka dan kini hanya menumpukan usaha untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.Sebaliknya, Arsenal kini berada di landasan terbaik untuk menjulang trofi EPL buat kali pertama sejak 2004.Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini selesa memimpin liga dengan kelebihan enam mata berbanding pencabar terdekat, Manchester City.Biarpun Arsenal dikatakan sedikit goyah pada bulan lalu, rekod tujuh kemenangan berturut-turut termasuk kemenangan bergaya 4-1 ke atas Aston Villa telah melenyapkan keraguan tersebut.Bekas pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp percaya Arsenal kini kembali ke tahap terbaik dan sukar digugat di puncak liga.Beliau menjangkakan tuan rumah terlalu gagah buat Liverpool yang masih tercari-cari rentak konsisten."Ini adalah perlawanan tumpuan. Arsenal sempat berdepan tempoh sukar namun kini kembali ke prestasi sebenar dan mengukuhkan cengkaman di puncak liga."Saya rasa sukar untuk mana-mana pasukan menyekat mereka musim ini, lebih-lebih lagi mereka jarang keciciran mata di laman sendiri," kata Redknapp.Mengulas mengenai prestasi Liverpool, Redknapp berpendapat pasukan itu tidak berhak mendapat lebih daripada satu mata ketika seri menentang Fulham sebelum ini."Mereka seolah-olah hilang dinamik di bahagian serangan, sesuatu yang mengejutkan saya memandangkan kualiti yang dimiliki."Kita telah melihat pasukan yang lebih hebat daripada Liverpool bertandang ke Arsenal musim ini dan bergelut. Saya meramalkan Arsenal akan menang 3-1," ujarnya.