Muslera ramal Ronaldo kempunan julang Piala Dunia

BEKAS penjaga gol antarabangsa Uruguay, Fernando Muslera menyenaraikan Uruguay, Argentina dan Sepanyol sebagai tiga pasukan pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia FIFA akan datang, sekali gus 'mengetepikan' kuasa besar bola sepak, Brazil serta Portugal daripada senarai tiga teratas.Malah, Muslera turut secara terbuka memilih Lionel Messi sebagai pemain yang lebih hebat berbanding Cristiano Ronaldo.Dalam satu wawancara, Muslera meluahkan rasa gembiranya melihat kejayaan Messi menjulang Piala Dunia 2022 dan menyatakan keyakinan bahawa Ronaldo tidak akan mampu melakar pencapaian yang sama dalam kariernya."Tiga calon utama untuk Piala Dunia adalah Uruguay, Argentina dan Sepanyol. Brazil berada satu tahap di bawah mereka."Saya percaya Cristiano (Ronaldo) tidak akan memenanginya. Saya pernah berdepan kedua-duanya (Messi dan Ronaldo) dan perasaannya sangat berbeza."Saya lebih lihat Messi mempunyai banyak kelebihan dan saya harap dia sentiasa kekal di puncak bersama Piala Dunia yang telah dimenanginya," kata Muslera.Kenyataan Muslera itu hadir ketika Ronaldo telah mengesahkan penyertaannya dalam Piala Dunia akan datang selepas memainkan peranan penting dalam pusingan kelayakan.Berbeza dengan bintang Portugal itu, Messi masih belum memutuskan sama ada akan beraksi bersama Argentina atau tidak. Legenda Argentina itu merancang untuk mengambil masa sebelum membuat keputusan, namun mengesahkan akan tetap berada di bangku penonton untuk menyokong pasukan jika memilih untuk bersara.Pada usia 40 tahun, cita-cita Ronaldo dilihat tidak pernah pudar apabila beliau kini mengintai salah satu rekod yang masih membezakannya dengan Messi.Messi sebelum ini menjadi pemain tertua memenangi Bola Emas Piala Dunia pada usia 35 tahun selepas memimpin Argentina di Qatar 2022.Jika Ronaldo mampu mempamerkan prestasi cemerlang dan memenangi anugerah pemain terbaik kejohanan itu nanti, beliau berpeluang memecahkan rekod milik Messi tersebut.