Bekas Panglima Tentera Darat, dua isteri tiba di mahkamah untuk proses reman

PUTRAJAYA – Seorang bekas Panglima Tentera Darat dan dua isterinya tiba di Kompleks Mahkamah Majistret Putrajaya bagi permohonan reman untuk membantu siasatan kes rasuah membabitkan rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM), pada Khamis.Ketiga-tiga individu tersebut dibawa dengan van Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tiba di mahkamah pada jam 10 pagi.Pada Rabu, media melaporkan bahawa ketiga-tiga mereka telah ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sekitar jam 3 petang.Selain itu, sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat turut direman selama tujuh hari bermula Rabu.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan menegaskan bahawa semua pihak perlu menunggu hasil siasatan yang sedang dijalankan.SPRM komited untuk melaksanakan siasatan dengan penuh ketelusan dan profesionalisme.Pada Selasa, media melaporkan seramai 17 pengarah syarikat direman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.Menurut SPRM, kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20-an hingga 60-an, yang ditahan antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam Isnin ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.Siasatan awal mendapati kesemua pengarah syarikat terbabit disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan Tentera Darat Malaysia sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan melibatkan TDM.Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa bekas Panglima Tentera Darat tersebut dikehendaki memberi keterangan pada 28 Disember tahun lalu, namun tidak dapat berbuat demikian kerana dimasukkan ke hospital.SPRM juga hadir ke Kementerian Pertahanan pada 23 Disember lalu bagi memulakan siasatan awal terhadap beberapa projek membabitkan Tentera Darat sejak 2023.Pada 29 Disember lalu pula, Azam berkata bahawa pihaknya telah menyita enam akaun bank milik pegawai tersebut dan ahli keluarganya bagi membantu siasatan.Dua hari sebelum itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa Tan Sri Muhammad Hafizuddeain telah diarahkan bercuti berkuat kuasa serta-merta sehingga siasatan kes yang dilaporkan terhadap beliau selesai.