Pas sudah putuskan nama calon Pengerusi PN

PASIR MAS - Pas sudah putuskan satu nama bagi calon Pengerusi Perikatan Nasional (PN) bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melepaskan jawatan tersebut baru-baru ini, kata Ketua Penerangan, Ahmad Fadhli Shaari."Hanya satu nama. Di peringkat pusat nama sudah diputuskan dan proses penghantaran itu saya tidak pasti sebab tidak berada dalam Majlis Tertinggi PN."Saya yakin namanya sudahpun disampaikan kepada Tan Sri Muhyiddin untuk tindakan lanjut," katanya semasa sidang akhbar pada Khamis.Sebelum itu beliau merasmikan Mydin Mart di sini dan hadir sama ialah Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin.Menurut Ahmad Fadhli, nama calon sudah diputuskan namun proses penghantaran beliau tidak pasti macam mana.Sementara itu Sinar Harian pada 30 Disember lalu melaporkan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.Peletakan jawatan itu disahkan sendiri bekas Perdana Menteri itu menerusi satu hantaran di Facebook.