JOHOR BAHRU – UDA Holdings Berhad (UDA) menyalurkan zakat wakalah berjumlah RM60,000 bagi membantu 200 pelajar asnaf menerusi program UDA Cares; Educational-Back to School 2026 di Angsana Johor Bahru Mall, pada Rabu.UDA dalam kenyataan memaklumkan, UDA merupakan peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti dan langkah itu diteruskan bagi memperkukuh komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat.Program berkenaan dilaksanakan sebagai inisiatif tahunan UDA bagi membantu meringankan beban keluarga kurang berkemampuan serta memastikan golongan pelajar asnaf dapat memulakan sesi persekolahan baharu dengan lebih bersedia dan berkeyakinan.Menerusi program itu, setiap pelajar menerima peruntukan RM300 untuk membeli kelengkapan persekolahan di Angsana Johor Bahru Mall, selain turut menerima sumbangan beg sekolah, alat tulis, pensel warna dan bekas minuman sebagai sokongan menyeluruh terhadap keperluan pembelajaran mereka.Kesemua penerima merupakan pelajar terpilih daripada 10 buah sekolah rendah di sekitar wilayah pembangunan UDA, iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Danga; SK Kompleks UDA dan SK UDA 2.Sekolah lain termasuklah SK Kampung Pasir; SK Pengkalan Rinting; SK Tasek Utara; SK Taman Cempaka; SK Seri Kenanga; SK Seri Melati serta SK Perumahan Tampoi 2.Pemangku Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA, Azrudyn Rashid berkata, pelaksanaan program terbabit mencerminkan komitmen berterusan UDA dalam menyantuni komuniti setempat, khususnya dalam kalangan masyarakat Bumiputera di kawasan pembangunan syarikat."Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meringankan beban kewangan keluarga pelajar asnaf, malah diharap dapat menyuntik motivasi serta keyakinan kepada para pelajar untuk menghadapi sesi persekolahan baharu dengan penuh semangat dan iltizam," katanya.Beliau menambah, usaha tersebut turut selari dengan pelaksanaan CSR UDA yang memberi penekanan kepada pembangunan sosial dan kesejahteraan masyarakat sebagai sebahagian daripada agenda kelestarian syarikat.Untuk maklumat lanjut, layari www.uda.com.my atau ikuti UDA Holdings Berhad di Instagram (@uda_official) dan Facebook (UDA Holdings Berhad).