Amaran hujan berterusan tahap waspada hingga Sabtu ini

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa kawasan di Sarawak bermula esok hingga Sabtu ini.MetMalaysia dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan, kawasan terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.Amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh), Terengganu serta Pahang (Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin) kini ditamatkan. Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan penamatan amaran sama bagi Johor (Mersing dan Kota Tinggi). - Bernama