SEREMBAN - Proses sulh untuk tuntutan harta sepencarian di antara Dr Afifah Hidayah Mohd Yusof atau Dr Fie dan Ahmad Nubhan Ahamad gagal selepas penyanyi itu tidak hadir pada rundingan yang berlangsung di Pejabat Sulh, Mahkamah Syariah Seremban di sini pada Khamis.Peguam kepada Dr Fie iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, penyanyi itu hanya diketahui tidak hadir sebagai saja pihaknya tiba di mahkamah."Proses sulh tidak dapat berjalan hari ini yang mana sepatutnya dihadiri kedua-dua pihak kerana itu yang diunjurkan Islam, yang terbaik untuk berbincang."Tapi kegagalan defendan untuk hadir menyebabkan matlamat sulh tak dapat dicapai," katanya ketika ditemui di Kompleks Kehakiman Syariah Negeri Sembilan, di sini pada Khamis.Terdahulu Dr Fie ditemani ibu bapanya tiba kira-kira jam 11 pagi sebelum masuk ke kamar Unit Sulh ditemani Puteri Ummi Kartini dan dilihat keluar hampir sejam kemudian.Ujarnya lagi, selepas sulh, pihaknya akan membuat serahan saman tuntutan harta sepencarian kepada pihak defendan."Peguam atau defendan sendiri kena hadir untuk memasukkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban. Mahkamah sudah menetapkan tarikh untuk sebutan pada 3 Februari depan, jam 10 pagi."Kalau hari ini tak boleh datang, harap peguam syarie yang mewakilinya boleh datang sebab kita tak terima apa-apa notis ketidakhadiran defendan walaupun serahan notis sulh sudah dibuat kepada pihak defendan," katanya.Sementara itu, Dr Fie, 36, pula meluahkan rasa terkejut kerana Nubhan tidak hadir memandangkan proses terbabit demi kebaikan anak-anak mereka."Saya harap dia boleh bagi kerjasama sebab ini untuk anak-anak, lagi pun tak lama lagi sekolah akan dibuka."Sebelum ini dia telah nyatakan di media sosial yang nak sewakan sebuah rumah lain untuk kami, tapi sampai sekarang saya tak terima apa-apa, saya harap dia mudahkan semuanya," katanya.Jelasnya lagi, dia tidak mahu permasalahan di hadapi di antara mereka memberi kesan kepada anak-anak, lebih-lebih lagi sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.Malah katanya, sebagai bekas isteri dia dan anak-anak mempunyai hak untuk mendapat tempat tinggal yang selesa."Kenapa dia buat macam ini pada ketika sesi sekolah nak buka tidak lama lagi?"Anak-anak nak sekolah, kami tiada tempat tinggal, buku sekolah macam mana? Semuanya saya dah hantar pada dia, tapi tiada sebarang respon," katanya.Dia berharap Nubhan dapat memberi keutamaan kepada anak-anak, malah pernah cuba berhubung dengan penyanyi itu termasuk melalui peguamnya selepas insiden barangnya dibawa keluar oleh penyanyi terbabit baru-baru ini, namun mengecewakan apabila tiada sebarang respon.Selain itu, Afifah memberitahu keadaan hidupnya kini agak tidak terurus kerana terpaksa menumpang di rumah keluarga, malah bimbang memikirkan persediaan persekolahan anak-anaknya."Rumah mak saya pun ada ahli keluarga lain yang tinggal, jadi saya tak boleh nak simpan kesemua barang-barang saya di situ dan masih terpaksa biarkannya di dalam kotak, kerana saya tiada tempat lain."Jadi sebab itu saya menunggu rumah lain yang dikatakan oleh Nubhan dan harap dia dapat bagi kerjasama untuk hadir proses sulh akan datang," katanyaDitanya berkenaan, wang dan barangan kemasnya yang didakwa hilang di rumah yang didiami mereka sebelum ini, Dr Fie berkata, sehingga kini ia masih belum dijumpai, namun dia enggan berkongsi nilainya.