PAU: Ruang Suara Akar Umbi Yang Mahu Kejelasan, Ketegasan Dan Keadilan

KUALA LUMPUR, 8 Jan – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) mesti menjadi ruang untuk para perwakilan membawa suara akar umbi yang mahu kejelasan, ketegasan dan keadilan. Pengarah Komunikasi UMNO Negeri Kedah, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri berkata, PAU pada kali ini juga perlu menjadi medan muhasabah dan penentuan hala tuju terutamanya apabila Kerajaan Perpaduan hampir mencapai tiga tahun usianya. [...]