Politik bukan medan kuasa sempit - Pas Pahang

KUANTAN - Pas Pahang menyeru semua yang ikhlas dalam perjuangan Islam dan Melayu untuk bersatu dalam agenda penyatuan ummah.Ketua Penerangan Pas Pahang, Aireroshairi Roslan berkata, politik tidak seharusnya dijadikan medan kuasa sempit, tetapi mempertahankan agama, bangsa dan negara."Buang keruh, ambil yang jernih kesatuan Melayu Islam adalah keutamaan dan kepada UMNO, pintu penyatuan ummah masih terbuka."Muafakat Nasional tidak gagal, ia ditinggalkan mereka yang pilih kuasa berbanding prinsip," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau menjelaskan agenda penyatuan ummah Melayu Islam bukan sekadar retorik politik, sebaliknya ia keperluan dalam usaha mempertahankan hak serta kedudukan umat Islam yang didakwa semakin terhakis.Aireroshairi menegaskan komitmen parti itu dalam memperjuangkan penyatuan ummah Melayu Islam."Kami mengalu-alukan sikap Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang terus berjuang untuk penyatuan ummah meskipun dikritik."Reaksi panik pemimpin DAP bila isu ini dibangkitkan membuktikan mereka gerun dengan kesatuan umat Islam, ini tanda kita di jalan yang betul," katanya pada Sabtu.Aireroshairi menambah, DAP adalah ancaman nyata kepada negara dan umat Islam serta rekod mereka sejak sekian lama jelas menunjukkan wajah sebenar mereka.Ujarnya, ia termasuk cadangan melantik Perdana Menteri bukan Melayu, pakar bukan Islam dalam jawatankuasa syariah, hapus perkataan agama dalam kad pengenalan, sokong hak murtad, buka kedutaan di Israel, campur urusan zakat dan undang-undang Islam.Katanya, Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin pernah mengatakan tindakan DAP akan buka mata UMNO."Malangnya, kepimpinan tertinggi UMNO masih memuji DAP walaupun ahli sendiri sudah 'pening lalat' dengan sikap mereka."Kita (Pas Pahang) puji keberanian Pemuda UMNO yang tegur kepimpinan tentang bahana DAP, cabaran Akmal kepada DAP letak jawatan di Melaka patut disokong," katanya.