Resorts World Genting lancar kempen ‘CNY in the Sky’

GENTING HIGHLANDS - Resorts World Genting (RWG) menyambut Tahun Baharu Cina 2026 dengan pelancaran kempen 'CNY in the Sky' yang mengetengahkan pengalaman perayaan imersif bertaraf tinggi di puncak Genting Highlands.Pelancaran itu menampilkan filem jenama Tahun Baharu Cina 2026 yang menggabungkan naratif bermusim, warisan budaya dan penceritaan kreatif, sekali gus mencerminkan semangat perpaduan, permulaan baharu dan kegembiraan bersama.Sebagai nilai tambah kepada sambutan tersebut, Genting SkyWorlds Immersive Studio secara rasmi diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai pengalaman imersif pada altitud tertinggi di Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukan RWG sebagai destinasi hiburan imersif terkemuka negara.Filem jenama berkenaan turut memperkenalkan Tian Ma sebagai maskot rasmi Tahun Baharu Cina 2026 dan ahli baharu keluarga Genting’s Highland Heroes (GHH).Sebagai zodiak Kuda bagi tahun 2026, Tian Ma melambangkan kemajuan, permulaan baharu dan semangat untuk terus melangkah ke hadapan. Koleksi edisi terhad Tian Ma ditawarkan secara eksklusif kepada ahli Genting Rewards.Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam RWG, Spencer Lee berkata, Tahun Baharu Cina adalah masa untuk berkumpul bersama keluarga, menilai perjalanan lalu dan menatap masa depan dengan penuh harapan."Dengan ‘CNY in the Sky’, kami meraikan tradisi ini melalui pengalaman yang bermakna dan memberi kesan mendalam, selain mencipta detik perayaan yang mengeratkan hubungan keluarga dan insan tersayang," katanya ketika melancarkan kempen berkenaan di sini.Filem jenama itu dibangunkan oleh Ampersand Advisory, agensi pemenang anugerah yang diterajui Sandeep Joseph, dengan kerjasama pengarah filem Chew Boon Wai.Ia menggabungkan naratif kreatif, keindahan visual dan sentuhan budaya bagi menghasilkan penceritaan perayaan yang merentasi generasi.Pengunjung juga boleh menikmati video imersif bertemakan Tahun Baharu Cina di Studio Plaza bermula 9 Januari hingga 3 Mac 2026, selain pelbagai program perayaan, hiburan dan pengalaman kulinari bermusim sepanjang tempoh sambutan.Antara acara utama ialah CNY in the Sky Prosperity Shows, peraduan Auspicious Grab & Win, bazar perayaan di Tokong Gua Chin Swee serta persembahan tarian singa dan kebudayaan.Sambutan turut disemarakkan dengan pelbagai pakej jamuan Tahun Baharu Cina yang ditawarkan di Genting International Convention Centre (GICC) sehingga 31 Mac, selain promosi makanan dan minuman di restoran terpilih termasuk Coffee Terrace dan FUHU.RWG turut memaklumkan bahawa tahun 2026 menandakan ulang tahun ke-40 Resorts World Awana dengan pelbagai pengalaman dan tawaran istimewa akan diperkenalkan sepanjang tahun.