Percutian sekeluarga bertukar duka, kanak-kanak 11 tahun lemas

ROMPIN – Percutian sebuah keluarga bertukar duka apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Pahang di sini petang Sabtu.Dalam kejadian kira-kira jam 5.44 petang itu, mangsa, Stellar Anak Nielson dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum diberikan bantuan pernafasan oleh orang awam sementara menunggu ketibaan pasukan penyelamat.Ketua Polis Daerah Rompin Supritendan Sharif Shai Sharif Mondoi berkata, sepasukan anggota ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima laporan tersebut."Setibanya di lokasi, mangsa didapati dalam keadaan tidak sedarkan diri dan usaha menyelamat sedang dilakukan oleh orang awam."Pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Rompin tiba tidak lama kemudian bagi membantu prosedur menyelamat," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, petugas perubatan dari Klinik Kesihatan Tanjung Gemok turut memberikan rawatan kecemasan, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 7 malam."Mayat mangsa kemudiannya di bawa Hospital Rompin bagi tindakan selanjutnya."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.Dalam pada itu, Sharif Shai memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa berasal dari Endau, Johor."Mangsa berada di pantai berkenaan sempena percutian sekeluarga bersama keluarga rakannya."Difahamkan mangsa difahamkan bersekolah di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Endau, Johor," katanya.Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang."Mangsa telah ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.Jurucakap itu memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.