SANDAKAN, 12 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin bukan sahaja menyatakan sokongan penuh malah rasa bangga terhadap pemilihan calon muda bagi mewakili Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag. Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Papar turut menyifatkan gandingan Mohd Naim Kurniawan Moktar dan Mohd Ismail Ayob (Miha) [...]