Gas penghawa dingin meletup di universiti swasta: Seorang maut, dua parah

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala sembilan yang lain cedera dalam kejadian letupan gas pendingin hawa di sebuah universiti swasta di Bukit Damansara di sini pada Isnin.Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Soo Yu Juan berusia 24 tahun."Jumlah keseluruhan mangsa adalah seramai 10 orang membabitkan pelajar, juruteknik, kontraktor serta pekerja kantin."Daripada jumlah itu, seorang disahkan meninggal dunia, dua parah manakala selebihnya cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Terdahulu, media melaporkan satu kejadian letupan di kawasan penyelenggaraan pendingin hawa di universiti swasta itu kira-kira jam 11.40 pagi.