SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan sekeras- kerasnya parti itu terlibat dengan krisis politik yang melanda negeri Perlis.Muhyiddin berkata, Bersatu tidak memainkan peranan dalam mensabotaj Pas di Perlis dan dakwaan sebagai pengkhianat adalah tidak betul."Kita tidak buat apa-apa dan saya serta parti tidak terlibat dengan perkara ini. Banyak pihak yang ada di Perlis mengaku bahawa kami tidak terlibat."Bila mana keputusan telah dibuat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, kuasa mutlak Raja Perlis kita mesti hormati," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu di Ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, Selangor.MENYUSUL