Pemecatan Hamzah tiada dalam agenda mesyuarat tertutup Bersatu

SHAH ALAM - Isu kedudukan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin termasuk dakwaan pemecatan beliau tidak dibincangkan dalam mesyuarat tertutup parti itu pada malam ini.Perkara tersebut dimaklumkan oleh beberapa pemimpin Bersatu ketika ditemui pada mesyuarat tersebut, sekali gus mendakwa ia hanyalah agenda sesetengah pihak.Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan terdapat khabar angin bahawa Timbalan Presiden Bersatu , Datuk Seri Hamzah Zainudin akan dipecat.AKAN MENYUSUL