KINABATANGAN, 13 Jan – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan, Mohd Naim Kurniawan Moktar, menegaskan beliau tidak hadir dengan janji kosong, sebaliknya mempertaruhkan seluruh kehidupannya demi berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu. Menurut Mohd Naim, sepanjang 32 tahun kehidupannya, beliau telah melalui pelbagai pengalaman suka dan duka bersama masyarakat setempat, termasuk dalam bidang pendidikan, politik [...]