SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menyatakan segala isi hati dan hasratnya telah disampaikan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Dr Muhamad Akmal menerusi laman Facebook berkata, beliau meluahkan perkara tersebut ketika bertemu dengan Ahmad Zahid pada Selasa."Isi hati dan hasrat telah saya luahkan sebentar tadi. Terima kasih Datuk Seri Zahid Hamidi atas nasihat dan kesudian mendengar"Insya-ALLAH moga ini yang terbaik untuk perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO," ujarnya.Sebelum ini, Ahmad Zahid mengesahkan beliau sudah bertemu dengan ketua sayap parti itu pada Selasa.Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan hasil perbincangan tersebut dan memaklumkan Dr Muhamad Akmal akan mengumumkan hasil pertemuan itu esok. Media sebelum ini melaporkan Dr Muhamad Akmal memberi bayangan untuk berundur daripada dua jawatan yang disandangnya ketika ini selepas gesaan beliau supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan mendapat reaksi negatif daripada Ahmad Zahid.Dr Muhamad Akmal merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau serta Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.