Simposium Politik Era Digital 2026 Buka Tirai PAU 2025

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Simposium Politik Era Digital 2026 menjadi pembuka tirai kepada Perhimpunan Agung UMNO 2025 yang berlangsung di Dewan Tun Dr Ismail, hari ini. Simposium berkenaan dianjurkan oleh Penerangan UMNO Malaysia sebagai platform perbincangan strategik bagi membincangkan landskap politik semasa yang semakin dipengaruhi oleh perkembangan teknologi digital, media sosial serta perubahan corak pemikiran pengundi, khususnya generasi muda. [...]