Santuni MADANI: PNB salur RM1.32 juta tingkat sosioekonomi dua kampung

SHAH ALAM - Permodalan Nasional Berhad (PNB) memperuntukkan RM1.32 juta bagi melaksanakan Program Santuni MADANI yang memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti secara inklusif dan menyeluruh di dua kampung angkat, iaitu Kampung Merlimau Pantai di Melaka dan Kampung Telok Kandis di Kedah.Program berteraskan prinsip Satu Pemimpin Satu Kampung itu dibangunkan bagi meningkatkan potensi dan keupayaan masyarakat melalui sesi libat urus bersama penduduk setempat dalam usaha menangani isu sosioekonomi serta memenuhi keperluan komuniti.Uniknya, istilah ‘pemimpin’ dalam program tersebut merujuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) atau organisasi korporat, manakala ‘kampung’ pula merujuk kepada kampung kelahiran, tempat dibesarkan atau kampung pilihan pemimpin berkenaan.PNB terpanggiI memiIih dua kampung ini yang merupakan tempat asaI usuI keIuarga Presiden &  Ketua Eksekutif KumpuIan PNB, Datuk AbduI Rahman Ahmad dan TimbaIan Presiden & Ketua Eksekutif KumpuIan PNB, Datuk Rick RamIi.Fokus pembangunan holistikDi Kampung Merlimau Pantai, inisiatif yang dilaksanakan memberi tumpuan kepada usaha menjadikan kawasan tersebut sebagai destinasi pelancongan mampan dengan memanfaatkan keindahan alam dan warisan budaya tempatan.Bagi pembangunan infrastruktur pula, dua gelanggang sepak takraw telah dinaik taraf dengan pemasangan bumbung baharu bagi memperkukuh aktiviti riadah dan sosial komuniti.Sementara itu di Kampung Telok Kandis, kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di Masjid Kampung Telok Kandis dan Tabika Kemas kini dalam proses pelaksanaan.Abdul Rahman berharap pendekatan holistik PNB dalam memperkukuh infrastruktur, mempromosikan keusahawanan serta meningkatkan aktiviti perniagaan di kedua-dua kampung angkat dapat memberi impak bermakna kepada kehidupan masyarakat setempat.Perkasa pendidikan dan kemahiranPNB turut membuka peluang kepada golongan muda untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal dan vokasional menerusi program BUDI PNB-TVET.Seramai 20 pelajar dari kedua-dua kampung menerima biasiswa untuk mengikuti pengajian diploma selama tiga tahun, melibatkan 10 pelajar dari Kampung Merlimau Pantai dan 10 pelajar dari Kampung Telok Kandis di beberapa politeknik terkemuka seluruh negara.Selain itu, Sekolah Kebangsaan Merlimau 1 dan Sekolah Kebangsaan Alor Mengkudu di Alor Setar dipilih sebagai sekolah angkat di bawah inisiatif Sekolah Angkat Malaysia MADANI.SeIaras program SekoIah Angkat MaIaysia MADANI, PNB juga teIah mengambiI 19 buah sekoIah angkat di seIuruh negara.MenjeIaskan Ianjut, AbduI Rahman berkata, inisiatif itu bertujuan merapatkan jurang Pendidikan antara peIajar bandar dan Iuar bandar serta meningkatkan mutu pendidikan meIaIui penyediaan infrastruktur yang ditambah baik untuk persekitaran pembeIajaran Iebih Iengkap dan kondusif.Galak keusahawanan komunitiDalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi setempat, PNB mengenal pasti 26 usahawan kecil di kedua-dua kampung untuk menerima bimbingan Institut Keusahawanan Negara (INSKEN).Kesemua usahawan terlibat turut menerima bantuan peralatan, kemudahan serta sokongan bagi menambah baik perniagaan masing-masing merangkumi sektor makanan, perkhidmatan dan peruncitan.Bantuan yang diterima bukan sahaja meningkatkan perniagaan di peringkat tempatan, malah ada yang berjaya menembusi pasaran nasional.Kebajikan komuniti diberi keutamaanBantuan perubatan seperti katil pesakit, kerusi roda dan peralatan pemantauan kesihatan turut disalurkan kepada warga emas dan penduduk yang memerlukan.Seramai 50 asnaf di setiap kampung menerima sumbangan barangan keperluan asas sebagai sokongan kebajikan.Antara penerima bantuan ialah pengasas SK Abdullah Food Industries, Siti Khadijah Abdullah, 52, yang menerima sumbangan dua mesin membuat tauhu bagi meningkatkan kapasiti pengeluaran Tauhu Merlimau yang kini menembusi pasaran nasional.Di Kampung Telok Kandis pula, pengukir kayu berpengalaman, Azmi Ismail, 52, menerima sokongan bagi memperluas bengkel Anggun WoodCraft yang terkenal dengan hasil seni ukiran Melayu.Menurut Azmi, sumbangan tersebut membolehkannya menyediakan ruang kerja lebih selesa serta merealisasikan hasrat menjadikan bengkel itu sebagai pusat pembelajaran seni ukiran untuk generasi muda.Komitmen berterusan PNBPendekatan inklusif dan berimpak tinggi PNB mencerminkan komitmen berterusan syarikat terhadap pembangunan berteraskan nilai MADANI, sekali gus memperkukuh kedudukan kewangan serta taraf sosioekonomi rakyat.Abdul Rahman berkata, usaha pembangunan komuniti yang dilaksanakan bukan sekadar bantuan fizikal, sebaliknya pelaburan jangka panjang bagi membina masa depan masyarakat yang lebih sejahtera."Sumbangan kecil ini adalah sebahagian daripada usaha kami membina negara melalui pembangunan komuniti," katanya.