PAU 2025 Perkukuh Kesatuan, Persiapan Hadapi PRN, PRU16 – Manndzri Nasib

TENGGARA, 14 Jan – Ahli Parlimen Tenggara, Manndzri Nasib menegaskan bahawa Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 merupakan detik kemuncak yang amat penting dalam usaha menyediakan parti menghadapi beberapa Pilihan Raya Negeri (PRN) serta Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) kelak. Menurut beliau, PAU 2025 wajar dijadikan medan untuk memperkukuhkan kesatuan, muafakat dan keyakinan dalam kalangan ahli serta kepimpinan parti agar perjuangan [...]