KUALA LUMPUR, 14 Jan – Setiausaha Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Suraya Yaacob berpandangan gerak kerja penerangan hari ini menuntut peranan lebih strategik dan mendahului dalam membentuk naratif politik, selari dengan perubahan landskap komunikasi semasa. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pendang berkata, pendekatan konvensional dalam menyampaikan maklumat tidak lagi mencukupi, memandangkan medan politik hari ini sudah beralih ke platform digital [...]