KUALA LUMPUR - UMNO perlu lebih berani membalas serangan lawan sekiranya ingin kekal relevan dalam politik tanah air.Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembaharuan itu penting dalam mempertahankan parti."Kita harus keluar dari kepompong lama, namun kita masih lagi boleh gunakan kaedah lama tapi dengan pendekatan baharu."Kaedah yang paling berkesan untuk mempertahankan diri adalah dengan menyerang," katanya ketika berucap dalam Simposium Politik Era Digital Penerangan UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Rabu.Hadir sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, UMNO tidak boleh lagi berdiam diri sekiranya diserang pihak lawan.Ujarnya, UMNO perlu mengambil iktibar daripada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menyaksikan kerajaan dipimpin parti berkenaan tumbang."Oleh itu, dalam tempoh 22 bulan menjelang PRU16, UMNO perlu mengemaskini penerangan parti bukan sahaja mempertahankan parti, tetapi juga menyerang naratif pihak lawan," katanya.