UMNO fokus tambah kerusi, 30 kepada 60 menang

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Serentak Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memfokuskan usaha ke arah penambahan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia sepertimana yang diucapkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan Mesyuarat Serentak Perwakilan Wanita, Pemuda, Puteri UMNO sempena Perhimpunan Agung parti itu.Menurutnya, oleh sebab itu strategi dan gerak kerja perlu dilakukan."Itu perkara pertama untuk kita menambah kerusi mungkin 30 kepada 60 kemenangan."Yang menariknya apa yang berlaku dalam Dewan walaupun UMNO menang 30 tapi suasana dalam Dewan itu semacam UMNO yang memerintah Malaysia"Jadi, ini semangat UMNO yang terus membara di kalangan Pemuda dan Puteri," ujarnya kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini pada Rabu.Tambah Ahmad, dalam masa sama Timbalan Presiden turut mendesak Pemuda UMNO supaya terus menjadi kumpulan pendesak yang positif.Tambahnya, ia penting bagi membetulkan jika ada yang tersalah langkah dan sebagainya."Kedua, saya suka apabila Timbalan Presiden menyebut Pemuda terus menjadi pendesak."Jika ada perkara yang tak betul dalam kerajaan, Pemuda yang bersuara. Itu saya gembira atas desakan yang disebut oleh Timbalan Presiden."Bukan yang negatif tetapi untuk membetulkan. Jadi itu satu lagi perkara penting dalam ucapan."Dua perkara, pertama, kita kena banyakkan kerusi kemenangan dan kedua Pemuda terus menjadi pendesak," jelasnya.